Nabi saw bersabda:
والَّذِيْ
نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَ
تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلىَ شَيْءٍ إِذَا
فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشوا السَّلاَم بَيْنَكُمْ – رواه مسلم
Maksudnya:
‘Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, kamu tidak masuk
syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi
kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang
apabila kamu melakukannya akan membawa kasih sayang di antara kamu ?
Tebarkanlah salam sesama kamu’.
Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:
يا أيها الناس، أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام – رواه ابن ماجه
Maksudnya:
‘Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan (kepada
orang yang memerlukan), hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu
malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga
dengan sejahtera’.
Marilah
sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam.
Mengucapkan salam merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang
itu memasuki syurga Allah yang diimpi-impikan. Akan tetapi, amat malang
sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang
memandang remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya,
sedangkan pahala di sisi allah bagi orang yang mengucapkan salam amatlah
besar. Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi,
sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang
disediakan oleh Allah ini dengan kita mengucapkan salam kepada sesiapa
sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan kepada
orang kaya mahu pun miskin.
Ucapkanlah
salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita
benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan.
Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang juga mengucapkan
salam, tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk ditangga
iaitu dengan tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang
tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya. Oleh kerana ingin cepat, ada
yang sekadar menyatakan ‘samaikum’, samakum’, ‘haikum’, hakum’ dan
sebagainya. Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak
mengandungi ucapan salam sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’.
Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu
sekurang-kurangnya ‘assalamu ‘alaikum’. Oleh kerana ucapan salam yang
telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan dengan kehendak syara’,
maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta
tidak dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama muslim.
- sumber dari ustazshauqi.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar