Assalamualaikum semua…post ni merupakan
satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar
daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita
perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan
teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z
hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang
bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah
teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia
cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai.
Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk
dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah
segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa
anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita
tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya
dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun
telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk
diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada
Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti
bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan
datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun
untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon
keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air
mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku
dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu
aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya
Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’
dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku
bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut
nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya.
Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang
suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan
hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau
anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat
hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau
ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah
yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku
ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi
sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan
sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya
Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh
sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir
75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal
masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari
semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari
pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang
semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di
situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun
naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama
untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada
bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian
dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus
menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik
untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat
penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak
dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk
mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal
nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga
anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’
pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar
segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka
meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana
kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?
myberitadotcom
Tidak ada komentar:
Posting Komentar