Konsep
tentang adil dan keadilan dalam agama Islam mendapatkan jumlah yang
begitu penting. Dalam Al-Quran, tercatat sekitar 56 ayat yang berbicara
soal keadilan. Dalam bahasa Arab, keadilan disebut sebagai al-'Adalah.
Pengertiannya adalah keadilan dalam semua liputan.
Ayat-ayat
Al-Quran yang menyeru pentingnya adil dan keadilan antara lain adalah
"haruslah berlaku adil" (Surah An-Nisa [4]: 135, Al-Maidah [5]: 8,
Al-An'am [6]: 152, An -Nahl [16]: 90); "wajib berlaku adil dalam
perniagaan" (Surah al-Isra [17]: 35); "adil terhadap lawan" (An-Nisa
[4]: 105, Al-Maidah [5]: 8) dan "pernyataan Allah tentang
keadilan-Nya" (Ali Imran [3]: 18).
Dalam
etika pergaulan manusia, tiada prinsip yang didambakan umat sepanjang
sejarah, seperti keadilan. Istilah adil berasal dari bahasa Arab yang
bererti tengah atau seimbang. Keadilan ertinya mizan (kesimbangan),
yakni suatu sikap tidak berlebih-lebihan yang berkaitan dengan sifat
kearifan.
Prof
Muhammad Abu Zahrah membahagi keadilan dalam tiga bahagian, iaitu
keadilan undang-undang, keadilan sosial, dan keadilan global. Keadilan
undang-undang adalah penguatkuasaan undang-undang secara merata kepada
semua tahap sosial yang ada. Tidak membezakan yang kaya ataupun yang
papa, yang mulia ataupun yang hina. Semua orang di sisi undang-undang
dan perundangan adalah sama.
Keadilan
sosial adalah sesuatu yang menuntut setiap individu dalam suatu
kumpulan agar dapat hidup secara terhormat tanpa ada tekanan dan
halangan serta mampu memanfaatkan kemampuan sesuai dengan apa yang
berfaedah bagi diri dan orang lain sehingga boleh berkembang secara
kolektif. Keadilan global ialah prinsip utama sebagai landasan
ditegakkannya hubungan antara kaum Muslim dan bukan-Muslim.
Agama
Islam meletakkan aspek keadilan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam
sistem perundangannya. Tiada bukti keadilan yang begitu kompleks,
kecuali dalam ayat Al-Quran. Dari situ, jelas kiranya kedudukan prinsip
keadilan dalam Islam.
Dalam
kes keluarga, misalnya, Al-Quran menyebutkan, "Jika kamu takut berlaku
tidak adil, ambillah seorang isteri sahaja." (Surah An-Nisa [4]: 3).
Dalam skala kecil, iaitu unit keluarga saja, kita diperintahkan untuk
adil.
Keadilan
itu harus menjadi pertimbangan seseorang dalam mengambil keputusan
untuk poligami atau tidak. Maka itu, adanya sikap seperti itu sebenarnya
dimaksudkan agar tindakan seseorang tidak mengakibatkan merugikan orang
lain. Bukankah adil itu bererti meletakkan sesuatu secara profesional
pada tempatnya?
Kewajipan
berlaku adil dalam penulisan kontrak kerja sama bidang niaga
(mu'amalah) juga secara tegas dinyatakan dalam Al-Quran. Kontrak
perjanjian kerja, sewa-menyewa, atau hutang-piutang itu harus ditulis
secara jelas dan adil demi melindungi hak masing-masing pihak yang
berkaitan. Keadilan merupakan sunatullah yang tidak dapat diganti.
- terjemahan dari republika.co.id | sumber asal Prof Dr HM Baharun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar