Dalam Al-Quran dipaparkan bahawa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.
"...
Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga
kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan
yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan ? " (QS. Az-Zumar: 6).
Sebagaimana
yang akan difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seorang manusia
diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga peringkat yang berbeza.
Sungguh,
biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi
terjadi dalam tiga tempat yang berbeza dalam rahim ibu. Sekarang, di
semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di pelbagai fakulti
perubatan, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan asas.
Misalnya,
dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama dalam
bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam
rahim mempunyai tiga tahap: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama,
embrionik; sampai akhir pekan kelapan, dan janin; dari pekan kelapan
sampai kelahiran. " (Williams P, Basic Human Embryology, 3. Edition,
1984, s. 64.)
Fasa-fasa
ini merujuk pada tahap-tahap yang berbeza dari perkembangan seorang
bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah
sebagaimana berikut:
Tahap Pre-embrionik
Pada
tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan
terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding
rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel
penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga
lapisan.
Tahap Embrionik
Tahap
kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi
disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi
mula terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.
Tahap Fetus
Bermula
dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini
bermula sejak kehamilan bulan ke lapan dan berakhir hingga masa
kelahiran. Ciri khusus peringkatan ini adalah terlihatnya fetus
menyerupai manusia, dengan wajah, kedua-dua tangan dan kakinya. Meskipun
pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak.
Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 30 minggu, dan perkembangan
berlanjutan hingga minggu kelahiran.
Maklumat
mengenai perkembangan yang berlaku dalam rahim ibu, baru diperoleh
setelah siri pengamatan dengan menggunakan peralatan moden. Namun,
sebagaimana sejumlah fakta ilmiah yang lain, maklumat-maklumat ini
disampaikan dalam ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang ajaib. Fakta
bahawa maklumat yang sedemikian terperinci dan tepat diberikan dalam
Al-Quran pada saat orang mempunyai sedikit sekali maklumat di bidang
perubatan, merupakan bukti nyata bahawa Al-Quran bukanlah ucapan manusia
tetapi Firman Allah.
- sumber dari republika.co.id
Tidak ada komentar:
Posting Komentar