Ketika
telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui
tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba
seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri
hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan
Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji
rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.
Mereka
sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah
dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa.
Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah.
Firman Allah:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya pertunjuk Allah (Agama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah: 120)”
Ketika
Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puakKristian dari tangan umat Islam,
pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.
Pemimpin
mereka berpesan, “Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau
merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan
jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan
mereka.” Kini abad baru telah tiba.
Bagi
umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 Masihi ini, sebenarnya ada
janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalah ini bagi
sebahagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan
menentang. Termasuk di kalangan ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat
(Islam liberal).
Keyakinan
umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan
memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus
dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka
(Yahudi dan Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan
yang dijanjikan oleh Allah SWT itu.
Ini
dapat kita lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah
meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi
saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis
hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang
menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam berarti kejatuhan
dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar,
dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.
Memang
secara jelas disebut di dalam hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum.
Tetapi apabila telah ada hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum.
Seringkali itu dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam.
Mereka katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau
hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.
Umat
Islam dikelabui dengan hadith, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil
kajian hadith sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh
Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh
peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat.
Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie
dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau
meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya
seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.
Menurut
beliau:
1.
Akan muncul A New World Religion.
2.
Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3.
Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4.
Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5.
Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6.
Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di
sini diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan
hadith, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi
menipu umat Islam.
1.
Akan muncul A New World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan
agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadith.
Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadits sepakat mengatakan hadits ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama.
Maknanya
kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah
SAW ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar
serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad
ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda
Rasulullah SAW:
“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)
Secara
umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin,
zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator
(penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman
kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World
Religion oleh Nostradamus.
2.
Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur
sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadits disebutkan berkenaan pemimpin
dari Timur itu:
a).
Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali;
baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi
ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama
Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah
pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)
b).
Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang
Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka
(pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani).
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3.
Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur
tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa
saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun
strategi untuk menyelamatkan diri. Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah
tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.
Jika
diperhatikan, faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan
itu
Memang
Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah
kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam
lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri
demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’
iaitu mencuba memadamkan kalimah Illahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat
demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari
kawasan yang telah disebutkan itu. Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di
Malaysia dan Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka
yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu,
mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filiphina
dan Singapura.
Filiphina
adalah pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala
Singapura pula adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis (Israel). Dari kedua
tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Malaysia dan
Indonesia karena dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal
dan berkembang di rantau ini. Itulah bukti betapa kuatnya kepercayaan para
Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam
Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun,
kerana permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas
nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan
sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar meraka pada umat Islam di
kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat teliti menyimpan rahsia
berkaitan niat asal mereka, sehingga tidak pernah diketahui oleh sesiapapun
umat Islam di kawasan ini sejak dulu hingga hari ini.
4.
Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia
akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur.
Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.
Ketika
itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum
pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan
lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang
lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti
akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta
pakar-pakar di seluruh dunia.
Sistem
ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan
hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau
terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang
telah ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh
pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana
sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dan
telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu’aim bin Hammad dalam Al Fitan dan
Ibnu Majah dan Abu Nu’aim dari Ibnu Mas’ud, katanya : “Ketika kami berada di
sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan
Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang
air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat
pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul
bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan
menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu
kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang
dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi
mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki
dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka
datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al
Mahdi.”
Keadilan
yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat,
dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
5.
Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin
tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW,
pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang
pejuang Islam tidak bersorban seperti Rasulullah SAW. Walaupun sekarang ini,
amalan sunnah seperti bersorban itu telah dijelek-jelekan oleh orang.
Disebutkan
tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang sorban pemimpin
ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab
Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang
yang memakai sorban berwarna biru di dunia ini. Mungkin sorban biru itu tidak
selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup
menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai sorban biru.
Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi
meletakkan sorban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai
sorban yang berwarna biru atau hijau.
Berat
juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian sorban berwarna
biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia
sebelah Timur itu. Maknanya, sorban warna biru itu dipakainya ketika beliau
pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan baiat
oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan sorban biru oleh
Nostradamus.
6.
Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang
tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk
oleh para ulamanya. Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam
yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas Maghrib di masjid,
di musholla atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam
Jumaat itulah, beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah
orang yang menyambut malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan
malam Jum’at itu sebagai masa untuk membaca solawat dan mengamalkan zikrullah
sehingga jadilah malam Jum’at itu sangat istimewa bagi dirinya.
Dan
memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para
sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu
hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Itulah
maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal,
Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai
hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah
semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam
Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan
malam-malam lainnya.
Tahun
yang disebut iaitu tahun 2000 Masihi telah tiba. Sebagai orang yang beriman
dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, ketika ini
pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam, maklumlah mereka
dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan
kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta
berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Dari
Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji
Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi.
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan dari Al
Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh
Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.
Sebelum
Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama budha-hindu dan menganut
kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali
yang langsung berasal dari timur tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di
Malaysia makam para wali-wali.Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah
Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah
mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia
Tenggara tidak dapat di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak
terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang
semula Islam menjadi bukan Islam.
Mengapa
hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai
pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Roma, atau
Persia yang waktu itu menjadi Empire. Jawabannya adalah karena mereka menagih
janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya
di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan
timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan
kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia.
Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.
Kami
akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk
dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu
benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia
menyaksikan segala sesuatu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar