Setiap
orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang
khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi
menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang
lain.
Menurut
Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode
garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada
cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Apa
pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang
adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah
hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari
orang lain.
Itulah
sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat
penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap
jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya,
orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa
makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang
sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan
perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di
zaman sekarang.
Pada
abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda
pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk
menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari
manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.
Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:
"Apakah
manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali)
tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung
jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
sumber dari republika.co.id
Tidak ada komentar:
Posting Komentar