Minggu, 18 November 2012

Al Quran: Percemaran alam sekitar


Dalam persidangan Paris II yang diadakan awal tahun 2007, lebih dari 500 saintis dari seluruh dunia bertemu dan membuat seruan mendesak untuk kembali ke persekitaran yang bersih.

Dari hasil persidangan tersebut:

Kerosakan dan pencemaran alam telah mencakupi darat, laut, bahkan manusia, tumbuhan dan haiwan.

Manusia bertanggung jawab atas kerosakan dan pencemaran ini kerana percemaran berbahaya yang dihasilkannya.

Masih ada kemungkinan untuk kembali ke paras normal karbon dalam atmosfera, iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan berhenti mencemari atmosfera.

Sungguh luar biasa, ternyata ketiga hasil persidangan ini dinyatakan secara ringkas dalam Al-Quran, 

"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "(QS. Ar-Rum: 41).

Tidakkah ayat ini telah menunjukkan bahawa Al-Quran telah lebih dahulu ribuan tahun sebelum aktivis alam sekitar menyerukan kita untuk memelihara alam sekitar dan bukan untuk membuat kerosakan di muka bumi dan mencemarinya, setelah Allah menyediakannya bagi kita sebagai tempat hidup?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar