Suatu
hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu ia bertanya
kepada mereka, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi menurut Imam
Ghazali yang paling dekat dengan manusia adalah "mati". Sebab itu sudah
janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Lihat QS.
Ali Imran ayat 185)
Lalu
Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh
dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara
China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab
itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu
Imam Ghazali meneruskan dengan soalan yang ketiga. "Apa yang paling
besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling
besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita
ke neraka.
Soalan
keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang
menjawab dengan jawapan, baja, besi, dan gajah. "Semua jawapan hampir
benar," kata Imam Ghazali, "tapi yang paling berat adalah" memegang
AMANAH "sebagaimana firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 72.
Tumbuh-tumbuhan,
binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang
amanahnya.
Soalan-soalan
yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang
menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam
Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat.
Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita
tinggalkan solat.
Lantas
pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang ... Benar kata Imam
Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.
sumber eramuslim.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar