Ketua
 Dewan Mahkamah Syariah Tertinggi Yusuf Adais memperingatkan akan adanya
 niat jahat Israel untuk mencipta gempa palsu yang menyebabkan runtuhnya
 Masjid Al-Aqsa.
Dalam
 siaran akhbar pada hari Selasa lalu, Adais mengatakan bahawa Masjid 
Al-Aqsa dalam bahaya yang nyata dan mengalami serangan sengit dari 
pemerintah pendudukan Israel dan penduduk Yahudi yang merancang untuk 
menghancurkannya dan membina kuil Sulaiman di tempat tersebut.
Dia
 menjelaskan bahawa retakan dan runtuhan semakin meningkat di jalanan 
dan di rumah-rumah warga Jerusalem yang diduduki selain runtuhan terbaru
 dari beberapa bahagian Masjid Silwan Ein sebagai akibat dari penggalian
 bawah tanah yang dilakukan Israel dalam usaha pembinaan bangunan Talmud
 yang menurut mereka menjadi awal kehancuran dari Masjid al-Aqsa.
Hakim
 agung tersebut juga mencatat bahawa ada pertemuan rahsia yang sedang 
berlangsung dan aktiviti yang diadakan saat ini oleh para pemimpin 
penduduk dan rabbi yahudi senior berkoordinasi dengan tentera Israel dan
 pihak keselamatan untuk menetapkan mekanisme dan rancangan untuk 
menghancurkan Masjid Al Aqsa.
- sumber dari eramuslim.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar