Sikap golongan Syiah terhadap Sunnah Rasulullah SAW
Dalam keyakinan kaum Syiah, semua hadis yang tidak berasal dari jalur Ahlul Bait tidaklah diterima.
Salah satu rujukan mereka, Muhammad Husain alu Kâsyifil Ghithâ, berkata, 
"Sesungguhnya
 Syiah tidak menganggap (sesuatu) sebagai sunnah, kecuali hal-hal yang 
telah sahih untuk mereka melalui jalur-jalur Ahlul Bait .... 
Adapun
 riwayat Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, 'Amr bin' Ash, dan 
seumpamanya, itu tidaklah bernilai (contohnya) seekor lalat di kalangan 
orang-orang Syiah Imamiyyah. [Ashlush Syiah wa Ushûluhu hal. 79]
Asy-syahid Nûrullâhi At-Tastury berkata, "... (Hal itu) kerana Al-Bukhary, Muslim, dan seumpamanya adalah para pemalsu hadis
 lagi para pendusta di kalangan Syiah. Bahkan, kerana banyak alasan, 
mereka menetapkan kedunguan dan pendeknya pemahaman Al-Bukhary perihal 
membezakan antara (hadis) sahih dan dha'if. "[As-Shawârimul Muhriqah hal. 57]
Lebih-lebih lagi, menurut mereka, orang yang mengambil riwayat dari 
selain Ahlul Bait adalah musyrik. Dalam sebuah riwayat dalam buku 
dipercayai mereka, disebutkan bahawa Abu Abdillah Ja'far Ash-Shadiq 
menyatakan, "... 
Dan sesiapa saja yang 
mengaku mendengar dari selain pintu yang Allah buka untuknya, dia adalah
 musyrik ...." [Ushulul Kafy 1/439, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, 
terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]
Juga, salah satu bab Ushulul Kafy 1/464 berjudul "Sesunggunya Tiada 
Suatu Kebenaran di Tangan Manusia, Kecuali dari Apa-Apa yang keluar dari
 Sisi Para Imam ('A), Sedang Segala Sesuatu yang Tidak keluar dari Sisi 
Mereka adalah Batil."
Bila keyakinan kaum Syiah terhadap hadis-hadis Nabi shallallâhu 'alaihi 
wa sallam yang berada di tangan kaum muslimin sudah sedemikian rupa, 
bermakna kaum Syiah telah menolak agama Islam ini dan mendustakan sumber kedua yang menjadi rujukan kaum muslimin. 
Allah telah berfirman,
وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا
"Segala sesuatu yang Rasul datangkan kepada kamu, terimalah, sedang 
segala sesuatu yang dia larang kepada kamu, tinggalkanlah." [Al-Hasyr: 
7]
Diterjemahkan dari sumber dzulqarnain.net
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar