Saya
 pernah terjatuh dalam kesusahan yang mendalam. Saya memperbanyak do'a 
sambil memohon agar dilepaskan dari cubaan itu. Ternyata, jawapannya 
adalah lambat. Mulakan jiwa saya gelisah. Akan tetapi, saat itu saya 
memperingatkannya.
"Celakalah
 engkau! Merenunglah! Apakah engkau hamba atau seorang yang merdeka dan 
beruat semaumu? Tidakkah engkau berfikir, engkaukah yang mengatur 
segalanya atau ada yang mengaturmu? Tidakkah engakau tahu bahawa dunia 
ini adalah tempat cubaan dan ujian? Jika engkau minta dipenuhi hasrat 
dan hajatmu, namun engkau tak mampu bersabar untuk tidak mendapatkan apa
 yang engkau inginkan, lalu dimana letak cubaan itu? Bukankah cubaan itu
 adalah kemungkinan tidak dikabulkannya suatu maksud dan tujuan? "
Pahamilah
 oleh anda makna penugasan syariat kepada anda, nescaya akan ringanlah 
yang berat dan akan mudah pulalah yang sukar menurut anda. Tatkala jiwa 
saya merenungkan hal itu, ia sedikit tenang.
Saya
 katakan kepadanya, kemudian, "Aku punya jawapan kedua. Engkau hanya 
mampu menuntut hak-hakmu dan tak pernah menggubris kewajibanmu, padahal 
itu merupakan tindakan yang bodoh. Engkau adalah hamba. Hamba yang bijak
 dan berusaha menunaikan hak-hak tuannya. Ia tahu bahawa bukanlah 
kewajipan seorang tuan untuk memenuhi semua yang diinginkan hambanya. 
"Jiwa saya akhirnya semakin tenang.
Saya
 kembali berkata kepadanya, "Aku punya jawapan ketiga. Engkau mengnggap 
bahawa jawapan-jawapan bagi do'amu adalah lambat, padahal engkau sendiri
 menutup jalan terkabulnya do'a itu dengan pelbagai maksiat. Jika saja 
engkau buka kembali jalan itu, nescaya akan dipercepat jawapan bagi 
do'amu. Sepertinya engkau tak tahu bahawa ketenangan diperoleh dari 
takwa. Tidakkah engkau membaca dan mendengar firman Allah SWT., "Barang 
siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Dia akan membukakan baginya jalan
 keluar dan akan memberinya rezeki dari dengan tanpa disangka-sangka ...
 Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka Dia mudahkan mudahkan 
urusannya." (At -Tholaq [65]: 2-4). Tidakkah engkau memeahami bahawa 
pahala yang engkau dapatkan selalu sesuai dengan apa yang engkau 
kerjakan? Celakalah mereka yang mabuk dan tenggelam dalam angan-angan 
yang terhalang dan tak tercapai. "Jiwa saya akhirnya mengetahui bahawa 
apa yang saya katakan adalah benar. Semakin tenanglah ia.
"Aku
 masih punya jawapan keempat. Engkau meminta harta yang engkau tahu 
akibat-akibatnya. Jika Dia mengabulkan, mungkin saja harta itu akan 
mendatangkan. Engkau seperti anak kecil yang sakit panas namun meminta 
manisan, padahal Dzat yang mengaturmu itu lebih tahu apa yang terbaik 
bagimu. Bagaimana tidak, Dia sendiri yang berfirman, "Boleh sajaengakau 
benci sesuatu padahal itu baik bagimu." (Al-Baqarah [2]: 216). "Ketika 
telas jelas baginya apa yang saya sampaikan, semakin mantablah jiwa ini.
Saya
 pun menamatkan nasihat saya. "Ini jawapan pamungkasku. Ketahuilah 
bahawa apa yang engkau minta akan mengurangkan pahala dan ganjaranmu dan
 menurunkan darjatmu. Tatkala Dia tidak mengabulkan doamu, hal itu tidak
 lain adalah sebuah pemberian yang sangat berharga dari-Nya untukmu. 
Jika engkau minta kepadanya apa yang terbaik untuk akhiratmu, maka yang 
demikian itu jauh lebih baik. Pahamilah kembali apa yang aku terangkan 
kepada kamu. "Jiwa ini berbisik," Aku sungguh merasa tenang dan damai. "
- Oleh Imam Ibnul Jauzi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar