
Hudzaifah
 bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, 
tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah 
yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah 
bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai
 hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar 
biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di 
antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur
 dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman 
terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara 
orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari 
hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang
 melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah 
dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan 
jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin 
Nabi Sulaiman A.S.
Apabila
 binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka 
akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. 
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan 
tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S 
di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian 
Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula 
akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan 
satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang 
bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya 
mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air 
laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah 
bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak 
laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan 
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, 
banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik
 akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak 
menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi 
Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal 
namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan 
bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari
 zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling 
buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah 
dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang 
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, 
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan 
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat 
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki 
taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan 
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum 
dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan 
tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka 
kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar