Dari
 penakwilan Imran Hosein, dijelaskan bahawa Ya'juj dan Ma'juj se cara 
langsung atau tidak langsung berperanan dalam membantu kembalinya Bani 
Israil ke Jerusalem setelah mereka berdiaspora. Menentukan apakah Ya'juj
 dan Ma'juj itu sesungguhnya kaum yang kini menyebut dirinya se bagai 
warga negara Israel yang menguasai Palestin, perlu pe nafsiran yang 
lebih luas lagi dengan melihat peristiwa sejarah dari sejak zaman Nabi 
hingga sekarang.
Ibn
 Katsir dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa Ya'juj dan Ma'juj adalah 
keturunan Adam, ertinya mereka memang manusia, bukan makhluk lain. 
"Mereka adalah keturunan dari Nabi Nuh melalui anaknya Yafith (Japheth) 
yang kemudian menjadi bapak dari bangsa Turki. Bangsa Turki inilah kaum 
yang ditinggalkan di belakang tembok penghalang yang dibina oleh 
Zulkarnain, "tulis Ibn Katsir.
Bila
 merujuk Ibn Katsir, tentu kita tak boleh menyebut bahawa bangsa Turki 
yang dimaksudkan adalah mereka yang kini menghuni ne gara Turki moden 
kerana Turki merupakan sebuah bangsa nomad yang dahulu menghuni kawasan 
yang sangat luas dari sekitar Laut Hitam sampai padang savana di Asia 
Tengah. Suku-suku Turki yang terkenal di antaranya adalah Hun yang 
pernah menguasai Bulgaria dan pernah memorakporandakan Empayar Rom, 
Pecheneg yang menguasai Eropah Timur, dan Khazar yang menguasai wilayah 
Laut Hitam dan Kaukasia. Suku-suku Turki yang lain juga banyak yang 
tinggal di wilayah timur meliputi Asia Tengah hingga China, misalnya, 
suku Kimak dan Kipchak.
Raja
 Khazar Joseph Ben Aron dalam suratnya kepada Hasdai Ibn Shaprut, 
setiausaha urusan luar negeri kekhalifahan di Cordoba, Sepanyol, pernah 
menyebut menge nai asal usul mereka. Dalam surat-menyurat yang berlaku 
pada abad ke-10 itu, Joseph menyebut bahawa bangsa Turki adalah ke 
turunan dari Japheth putra Nuh, lewat putra Gomer, lalu putra Togarmah. 
Menurut Joseph, dalam buku genealogi bangsanya, Togarmah punya 10 putra,
 iaitu ujur (Agior-Uyghur), Tauris (Tirosz), Avar (Avor), Uauz 
(Ugin-Oghuz), Bizal (Bizel-Pecheneg), Tarna, Khazar, Janur (Zagur), 
Bulgaria (Balgor-Bulgar), dan Sawir (Szavvir / Szabir-Sabir).
Ibn
 Shaprut merupakan Yahudi Sepanyol yang menjadi pegawai tinggi 
kekhalifahan Umayyah. Dia berkirim surat kepada raja Khazar bukan tanpa 
alasan kerana saat itu Joseph memang memeluk agama Yahudi. Sejak abad 
ke-9, ketika di bawah kepemimpinan Raja Bulan, suku Khazar memutuskan 
untuk memeluk agama Yahudi. Saat itu, kedudukan mereka tersepit antara 
Empayar Rom Timur di Constantinople yang memeluk agama Kristian dan 
Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad yang memeluk agama Islam. Sebagai 
jalan tengah menghadapi dua ke kuatan raksasa itu, Raja Bulan akhirnya 
memilih memeluk agam Yahudi diikuti seluruh penduduknya.
Pelbagai
 teori sejarah menyebutkan bahawa suku Turki Kha zar inilah yang 
akhirnya menye bar ke seluruh Eropah setelah kerajaan mereka runtuh pada
 abad ke-12 di tangan Abbasiyah mahupun kerajaan kerajaan asal Rusia. 
Mereka kemudian membentuk komuniti Yahudi terbesar di luar keturunan 
Israel. Lalu, apakah suku Khazar inilah yang disebut sebagai Gog Magog?
sumber republika.co.id

Tidak ada komentar:
Posting Komentar