Misteri Zikir Akhir Zaman
Tidak perlu diragukan lagi bahawa zikir adalah modal utama dalam
menjalankan tugas utama hidup kita, iaitu beribadah kepada Allah.
Bahkan, inti seluruh ibadah adalah zikir dengan menyebut, mengingat,
memahami, merenungkan, dan mengamalkan petunjuk Allah. Zikir adalah
ibadah yang paling ringan dan murah. Zikir juga merupakan ibadah yang
fleksibel, kerana boleh dilaksanakan di semua tempat, masa, dan keadaan.
Oleh kerana itu, ia adalah ibadah sepanjang hayat.
Kita sudah biasa mendengar ceramah atau membaca penjelasan bahawa doa
dan zikir mendatangkan ketenangan jiwa, meninggikan darjat, menambah
pahala, dan menggugurkan dosa. Tetapi, bagaimana dengan sejumlah hal
'luar biasa' ini?
Tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir menjadi makanan dan minuman fizikal
saat kaum muslimin mengalami bencana kemarau dan kelaparan melampau
selama tiga tahun sebelum kemunculan Dajjal.
Tahlil dan takbir yang dilaungkan 70000 Bani Ishaq pasukan Al-Mahdi
meruntuhkan benteng Konstantinopel di daratan, lautan, dan pintu gerbang
kota.
Zikir dan doa sebagai modal kekuatan Dzul-Qarnain saat membina tembok
sekatan, juga sebagai modal kekuatan bangsa Ya'juj dan Ma'juj untuk
membuat lubang dan meruntuhkan benteng sekatan tersebut dan ajaibnya,
sebagai senjata Nabi Isa dan kaum muslimin untuk menewaskan dan
sekaligus menguburkan bangsa Ya'juj dan Ma'juj. Padahal, semua penduduk
bumi dan langit tidak mampu membendung kekejaman dua bangsa perosak yang
besar, kejam, dan dalam tempoh itu!
Zikir dan doa menyelematkan peribadi dari pembunuhan, mengukuhkan
pasukan Islam, memporak-perandakan pasukan musuh, dan menghantar tentera
muslim kepada mati syahid terutama di masa kekacauan akhir zaman dan
perjuangan Al-Mahdi-Nabi Isa untuk memakmurkan dunia dengan syariat
Allah.
Zikir dan doa menghindarkan harta dan nyawa kaum muslimin dari bencana
alam di saat akhir zaman sering berlaku gempa bumi, hujan meteor,
kegelapan dan pengubahan bentuk manusia. Bahkan, doa dan zikir boleh
mengubah bencana menjadi sebuah berkat.
Zikir dan doa mengandungi lima kekuatan dahsyat yang menyelamatkan kaum
muslimin dari segala penyakit fizikal, baik secara preventif mahupun
kuratif.
Doa dan zikir mengajarkan visi, misi, dan langkah-langkah operasionil
yang harus ditempuh oleh kaum muslimin untuk mempertahankan iman,
meningkatkan amal, menyusun Fusthath iman (kelompok iman), dan
melindunginya dari pengkhianatan dari dalam manakala fitnah Duhaima
'yang mengawal keluarnya Dajjal telah datang menfitnah umat Islam.
Doa dan zikir mematahkan semua tipu daya, kepalsuan dan kekuatan Dajjal.
Padahal, Dajjal membawa sungai air dan api dan juga gunung mampu
memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi bagi menghidupkan
tanaman bahkan menghidupkan kembali beberapa orang yang telah mati.
Doa dan zikir mendatangkan kemuliaan bagi seorang muslim untuk turut
menyambut turunnya Nabi Isa dari langit mendapat keimanan dari binatang
yang boleh bercakap dan memohon taubat sebelum matahari terbit dari arah
barat.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar