Dari Iran munculnya Dajjal?
Dajjal adalah fitnah (dugaan, kesesatan, huru hara, dan kekufuran) yang 
terbesar yang akan muncul di akhir zaman. Tiada seorang nabi pun yang 
diutus ke muka bumi kecuali telah mengingatkan manusia akan fitnah 
Dajjal.
Dari Anas bin Malik berkata, Rasulullah bersabda,
"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun kecuali pasti para nabi itu 
telah mengingatkan umatnya akan orang yang buta sebelah lagi pendusta, 
ingatlah sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan 
kamu tidaklah buta sebelah." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin-rahimahullaah-mengatakan, "Fitnah
 yang paling besar di muka bumi sejak Allah ciptakan Adam adalah fitnah 
Dajjal. Kerana itu, tidak ada seorang nabi pun sejak Nabi Nuh hingga 
Muhammad kecuali mereka sudah mengingatkan kaumnya akan bahaya Dajjal, 
sebagai peringatan darinya. "(Al-Majmu 'Ats-Tsamiin II/175).
Di antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya agar
 terhindar dari fitnah Dajjal yang begitu dahsyat adalah dengan memohon 
perlindungan kepada Allah ketika solat, pada saat tasyahud akhir, 
sebelum salam dengan doa:
 اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر, ومن عذاب جهنم, ومن فتنة المحيا والممات, ومن شر فتنة المسيح الدجال 
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, 
siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari 
kejahatan fitnah al-maasih ad-Dajjal." (HR.Muslim).
Dari Mana Dajjal Akan Muncul?
Mari kita semak beberapa hadis berikut:
Dari Fatimah binti Qais-radhiyallahu 'anha-bahawa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu bersabda:
] ألا إنه فى بحر الشام أو بحر اليمن لا بل من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو [وأومأ بيده إلى المشرق
"Tidaklah dia (Dajjal) di laut Syam, atau laut Yaman.Tidak! Tetapi dari 
arah timur. Dia dari arah timur, dia dari arah timur. "Dan beliau 
berisyarat dengan tangannya ke arah timur." (HR. Muslim no. 2942).
Dari Abu Bakr ash-Shidiq, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
 الدجال يخرج من أرض بالمشرق يقال لها: خراسان 
"Dajjal keluar dari kawasan timur, namanya Khurasan." (HR. Timidzi 2237 
dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Jami 'ash-Shaghir).
Khurasan
Satu kawasan yang luas di sebelah timur Semenanjung Arab. Saat ini, yang
 termasuk wilayah Khurasan: Nishapur (Iran), Herat (Afghanistan), Merv 
(Turkmenistan), dan pelbagai negeri di Selatan sungai Jihun (sungai Amu 
Darya). (Mu'jam al-Buldan, 2:350).
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
 يخرج الدجال من يهودية أصبهان, ومعه سبعون ألفا من اليهود 
"Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi. "(HR. Ahmad).
Asbahan
Sering juga disebut Asfahan. Termasuk wilayah Iran, 340 km di selatan 
Tehran. Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan menjadikan penduduknya 
sebagai tawanan, bersama orang Yahudi, kemudian mereka ditempatkan di 
Asfahan. Akhirnya kawasan tersebut dinamakan kampung Yahudiyah. Ibu kota
 Asfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu'jam al-Buldan, 1:208).
Fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak di kalangan umat manusia setelah
 dia berada di daerah antara Iraq dan Syam (kawasan 4 negara: Syria, 
Palestin, Lubnan, dan Jordan).
Dari Nawwas bin Sam'an, bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat 
kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman 
kalian! "(HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata:
"Pertama mulai munculnya Dajjal di Asbahan, tepatnya di dataran 
batu-batu, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu 
orang yahudi dari penduduk Ashbahan. "(An-Nihayah fi al-Fitan wa 
al-Malahim, Hal. 59).
Asfahan atau Khurasan?
Jika anda perhatikan peta negara Iran, Khurasan dan Asfahan berhimpit di
 bahagian timur laut wilayah Iran. Kita tidak tahu pasti pada awalnya 
Dajjal akan muncul di titik yang mana. Yang jelas, di dua daerah, 
pertama Dajjal muncul dan mendapatkan ramai pengikut. Dan benarlah apa 
yang disabdakan Nabi Muhammad saw, sebab catatan dari Frances Harrison 
dari BBC News, yang disiarkan pada September 2006, bahawa di Tehran ada 
sekitar 25 ribu Yahudi di negeri Iran.
Meskipun berlagak seperti mahu menentang Zionis, tapi Iran adalah tempat
 yang aman bagi Yahudi. Pemimpin komuniti Yahudi Iran, Mr. Hammami 
mengaku bahawa Khameini membezakan antara Yahudi dan Zionis dan dia 
menyokong kami. Bahkan Presiden Iran ketika ini, Ahmadi Nejad 
dialu-alukan oleh masyarakat Islam adalah keturunan Yahudi.
Dari sinilah anda boleh mendapatkan jawapan, mengapa Dajjal muncul di 
Iran. Lebih dari itu ada keanehannya kerana Iran melaungkan anti Yahudi,
 dan pernahkah anda mendengar ada rakyat Palestin yang dibenarkan 
berpindah ke Iran?
Kembali ke topik keluarnya Dajjal, sebahagian orang berkata Dajjal akan 
keluar dari Segitiga Bermuda. Yang benar Dajjal keluar bukan di Segitiga
 Bermuda. Itulah yang kita yakini. Itulah akidah kaum muslimin. Dajjal 
muncul di Asfahan bahagian dari negeri Iran yang ketika ini menjadi 
negera Syiah.
Meskipun mengundang kontroversi, filem besar bertema Umar bin Khattab 
telah ditayangkan di salah sebuah stesen TV kebangsaan. Melalui filem 
ini, masyarakat sedikit sebanyak dapat mengetahui Umar bin Khatthab dan 
perjuangan dalam membela Rasulullah SAW dan dinul Islam. 
Pemimpin yang dikagumi dan dihormati oleh seluruh kaum muslimin. Pada 
bahagian akhir episod filem tersebut, muncul adegan pembunuhan Khalifah 
Umar oleh Abu Lu'luah al-Majusi La'natullah 'alaihi.
Pemuliaan Iran Terhadapnya
Pada setiap tahun, Syiah meraikan terbunuhnya Khalifah Umar bin 
al-Khattab, dan mereka menganggapnya sebagai hari raya dengan 
kegembiraan dan kebahagiaan merasuk dalam hati mereka. Hari raya 
tersebut mereka sebut dengan Idul Ghufran dan itu bertepatan dengan 
tarikh 9 Rabi'ul Awwal. Mereka mendakwa bahawa Allah mengangkat dari 
mereka perhitungan amal pada hari itu.
Kita tidak mengenal satu bangsa yang bergembira dengan syahidnya 
khalifah kedua yang mulia Umar bin al-Khattab kecuali Bangsa Parsi 
(Iran) dan bangsa Yahudi. Hal ini merupakan salah satu bentuk pembalasan dendam bangsa Parsi yang telah ditakluk oleh Umar.
Disebutkan bahawa Iran mula melakukan kerja memulihara tempat ziarah 
yang mereka sebut dengan marqad Baba Syuja'uddin (Tempat Peristirahatan)
Ketua Agama pada tahun 2003 M, dan menganggap tempat ziarah tersebut 
adalah tempat ziarah bersejarah yang wajib dipelihara. Dan menamakan 
jalan marqad tersebut yang ada di sana dengan nama Jalan al-Fairuziy. 
Mereka membaca keutamaan-keutamaan orang zindiq tersebut. Mereka 
menyebutnya dengan Hadharat Baba Syuja'uddin. Mereka juga berkata kepada
 manusia, Ziarahilah dia, dengan menziarahinya seluruh dosa kamu akan 
diampunkan.
Di antara doa-doa mereka,
اللهم ارض عن أبي لؤلؤة واحشرني معه
"Ya Allah, redhailah Abu Lu` lu `ah, dan kumpulkanlah aku bersamanya."
Diterjemahkan dari sumber Buletin Dakwah Al-FIKRAH stiba Makassar, Edisi 01
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar