"Allah
 menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah, 
berpuasa, dan solat di kala kebanyakan manusia tidur." (HR.At-Tirmidzi) 
Salah
 satu ibadah yang dianjurkan Allah SWT adalah bersedekah, baik dikala 
senang dan dikala sempit. Sebab sedekah adalah amal kebaikan sebagaimana
 al-Quran surah al-A'raf ayat 16 khusus amalan sedekah 
dilipatkan-gandakan lagi sesuai kehendak Allah, yang kemudian ditambah 
lagi mendapatkan berbagai keutamaan sedekah.
Marilah
 kita baca hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah swt itu Maha 
Memberi, Ia mencintai pemurah serta akhlak yang mulia, Ia membenci 
akhlak yang buruk." (HR. al-Baihaqi)
Hadis
 di atas juga kita boleh petik hikmahnya bahawa Islam sangat membenci 
sifat kedekut dan bakhil dan sifat suka meminta-minta. Tetapi sebaliknya
 seorang mukmin itu banyak memberi dan pemurah. Sebagaimana sabda 
Rasulullah SAW: "Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di 
bawah." (HR. Bukhari)
Kita
 sudah tidak membantah lagi tentang keistimewaan ibadah sedekah. 
Sejumlah cendekiawan dan ulama muslim mengatakan bahawa terdapat ratusan
 dalil yang menegaskan bahawa Allah SWT memberikan pahala yang berlipat 
ganda dan memuliakan kaum yang bersedekah.
Mengutip kitab yang berjudul Al Inaafah fimaa Ja'a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, terdapat keutamaan bersedekah antara lain:
Pertama,
 sedekah dapat menghapuskan dosa. Kenyataan ini diperkuat dengan dalil 
hadis Rasulullah saw, "Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air 
memadamkan api." (HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At 
Tirmidzi, 614).
Pengampunan
 dosa ini tentu saja disertai taubat sepenuh hati, dan tidak kembali 
melakukan perbuatan-perbuatan tercela serta terhina seperti sengaja 
bermaksiat, seperti rasuah, memakan riba, mencuri, berbuat curang, atau 
mengambil harta anak yatim.
Kedua,
 bersedekah memberikan keberkahan pada harta yang kita miliki. Hal ini 
sesuai dengan hadis Rasulullah saw yang berbunyi, "Harta tidak akan 
berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
 tambahkan kewibawaan baginya. "(HR. Muslim).
Ketiga,
 Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah. Hal ini sebagaimana
 janji Allah SWT di dalam al-Quran. "Sesungguhnya orang-orang yang 
bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah 
pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada 
mereka dan bagi mereka pahala yang banyak." (Qs, al-Hadid: 18)
Keempat,
 terdapat pintu syurga yang hanya boleh dimasuki oleh orang yang 
bersedekah. Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, 
maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga.
"Wahai
 hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan". Jika ia berasal dari 
golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari 
pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil 
dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah 
akan dipanggil dari pintu sedekah. "(HR Bukhari).
Dan
 terakhir, orang yang sering bersedekah dapat membebaskan dari siksa 
kubur. Rasulullah saw bersabda, "Sedekah akan memadamkan api siksaan di 
dalam kubur." (HR Thabrani)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar